Saturday 16 February 2013

LAWATAN KE ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER (IMIC)


Lokasi Iskandar Malaysia Information Center di Danga Bay,
 Johor Bahru.



JOHOR BAHRU: Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) bernilai kira-kira RM5 juta telah dibuka pada tahun 2010, ianya ditubuhkan bagi meningkatkan lagi kefahaman awam serta pelabur mengenai pelan pembangunan Iskandar Malaysia. IMIC ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Pusat Konvensyen Danga Bay . IMIC yang mempunyai keluasan lebih 5,800 meter persegi dilengkapi panel skrin sesentuh interaktif dan kiosk maklumat, dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa WilayahPembangunan Iskandar (IRDA) Ismail Ibrahim, mengatakan bahawa  IMIC berperanan sebagai ruang interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. Kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi, badan kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia dipamerkan di pusat maklumat tersebut. IMIC kini menjadi forum semua pihak berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian apa saja berkaitan Iskandar Malaysia,”