Saturday 16 February 2013

iv) Kimia

Subjek         : Kimia
Kod Subjek : C0002
Pensyarah    : Prof. Dr. Abd. Rahim Bin Yacob
Fakulti         : Sains
Jabatan        : Kimia
Unit             : Kimia Fizik
Samb.          : 34505




Kimia merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi, struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atom, molekul, hablur dan bentuk jirim lain baik diasingkan atau disebatikan, yang membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.

Kursus ini mengenai kimia inorganic, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organic. Asas kimia inorganic & analisis merangkumi tajuk berkaitan struktur atom, siri spectrum, teori atom Bohr dan ikatan kimia. Manakala asas fizik kimia pula merangkumi tajuk berkaitan keadaan gas, teori kinetik gas dan keadaan pepejal. Asas kimia organic pula meliputi pengenalan asas sebatian organic, ikatan, formula struktur dan keinsomeran
Tetapi pada semester ini kami mempelajar tentang pengurusan makmal seperti 5s,  keselamatan makmal, ISO, HIRARC,PPE, mengetahui symbol-simbol yang bahaya dan sebagainya. Kami juga telah diberi tugasan kumpulan untuk mewujudkan sesuatu makmal menjadi lebih selamat dan teratur dalam konsep 5S dan juga HIRARC. 5s adalah lima perkara yang perlu dilakukan untuk menambahkan lagi keceriaan sesuatu tempat kerja iaitu Sisih, Susun, Simpan, Seragam dan Sentiasa amal.