Saturday 16 February 2013

b) Iskandar Malaysia Information Center (IMIC)

  • Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) ialah tempat memberi maklumat berkaitan pembangunan lestari berwawasan kearah negara maju 2020 di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay.
  • Pusat ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk memenuhi jangkawan demografi umum berikut:

    i) Komuniti Tempatan

    -Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan hasrat, kesan dan kemajuan daripada Iskandar Malaysia kepada kesejahteraan. 

    ii) Masyarakat Serantau

    -Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari negara-negara ASEAN yang lain. Mereka  boleh mendapatkan penerangan dan maklumat tentang kesan yang dibawa oleh ISKANDAR MALAYSIA di rantau ini dan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.

    iii) Pelabur

    -Pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan mengenai skop dan keunikan Iskandar Malaysia dan peluang yang dibuka untuk perniagaan dan pelaburan Iskandar Malaysia.

    iv) Pelawat Antarabangsa

    -Yang meliputi ekspatriat dan pelancongan asing, pusat ini perlu memfokuskan kepada mereka, aspirasi Iskamdar Malaysia sebagi pembangunan yang bertaraf dunia.