Saturday 16 February 2013

f) IRDA

Pejabat IRDA di Danga Bay, Johor
  • Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah ditubuhkanpada Februari 2007 di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar 2007. Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan, IRDAmemainkan peranan penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia.
  • Akta IRDA 2007 menggariskan fungsi serta tanggungjawabnya berhubungdengan menetapkan dasar kebangsaan, hala tuju dan strategi bagi pembangunan koridor ini.
  • Fungsi teras serta peranan utama IRDA iaitu
i) Perancangan :

-Mengintegrasi dan mengesyorkan dasar perancangan rakan niaga utama, Kerajaan Pusat serta agensi lain untuk memaju dan merealisasi wawasan Iskandar Malaysia
- Mengenalpasti dan merangka strategi bagi mempertingkatkan infrastruktur, kemahiran, penyelidikan sains dan teknologi demi pembangunan Iskandar Malaysia.

ii) Promosi :

- Mengurus jenama Iskandar Malaysia sebagai sebuah hab pelaburan
- Menyediakan khidmat nasihat serta maklumat tentang sokongan pelaburan di Iskandar Malaysia
- Melakukan promosi yang meluas bagi Iskandar Malaysia di kalangan orang awam dan para pelabur yang   berpotensi, baik di pasaran tempatan  mahu pun antarabangsa

iii) Pemudahcara :

- Memantau serta menjajarkan pembangunan sektor dengan pengupaya yang diperlukan agar seiring dengan Wawasan Iskandar Malaysia
- Bertindak sebagai ejen penyelaras utama bagi pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk memproses dan mempercepatkan kelulusan yang diperlukan oleh para pelabur
- Membantu para pelabur sedia ada menyelesaikan isu-isu yang dihadapi dalam persekitaran perniagaan mereka.
  • Peranan IRDA dalam pembangunan sosial :
Selari dengan wawasan IRDA dalam mewujudkan “komuniti serba makmur dan harmoni yang disokong oleh perangkuman sosial dan agihan kemewahan saksama”, beberapa inisiatif pembangunan sosial telah dilaksanakan bagi mewujudkan hasil-hasil yang diinginkan seperti mobiliti sosioekonomi, agihan kemewahan saksama, komuniti penyayang, keharmonian bangsa dan kualiti kehidupan bagi kesemua rakyat Iskandar  Malaysia. Kesemua inisiatif ini berada di dalam bidang pembangunan modal insan, perangkuman ekonomi, perangkuman sosial, perumahan dan pembangunan ruang, jaminan keselamatan, dan alam sekitar.