i) Penggunaan Skrin dan Projektor
Teknologi ini adalah alternatif kepada
slideshow bagi
menerangkan tetang Iskandar Malaysia. Kebanyakan informasi tentang Iskandar
Malaysia diterjemahkan dalam bentuk video dan dipancarkan melalui projektor ke
skrin. Projektor yang digunakan bukan sahaja 1 unit sahaja malah ada yang
menggunakan sehingga 5 unit projektor. Di samping itu, skrin tersebut juga
dilengkapi dengan aksesori yang membuatkan kami terpegun sehingga video
yang ditayangkan tamat seperti penggunaan blok-blok bercahaya yang mana di
bahagian bawahnya diletakkan 5 zon utama Iskandar Malaysia dan kemudahan kerusi
untuk para pengunjung. Selain itu, terdapat juga video yang dipancarkan oleh
projektor ke bebola Kristal sebelum dipantulkan ke skrin. Ianya dilakukan di
dalam bilik atau ruang yang khas dan hasilnya sungguh mengagumkan.
|
Projektor ke bebola kristal sebelum dipantulkan ke skrin |
|
|
|
Sembilan (9) skrin yang digunakan dengan gambaran
yang berbeza dan sama
ii) Penggunaan Teknologi Bodymotion
Teknologi ini telah diaplikasikan si dalam permainan interaktif. Ia merupakan teknologi yang terbaru selain daripada teknologi skrin sesentuh. Cara pengendalianya adalah dengan mengesan pergerakan objek untuk memulakan permainan dan pengunjung yang ingin memainkannya perlulah bijak untuk mencari titik pengesan agar boleh dikesan oleh pengesan bodymotion tersebut.
Pengunjung yang bermain dengan Teknologi Bodymotion
Skrin yang digunakan untuk Teknologi Bodymotion
iii) Penggunaan Teknologi Skrin Sesentuh
Teknologi ini telah diaplikasikan si dalam permainan interaktif. Ia merupakan teknologi yang terbaru selain daripada teknologi Skrin Sesentuh ialah sejenis teknologi yang membolehkan seseorang pengguna untuk memberi input kepada sistem terbabit. Terdapat beberapa jenis teknologi skrin sesentuh antaranya skrin sesentuh rintangan, kapasiti dan gelombang akuastik permukaan.
Teknologi skrin sesentuh yang digunakan di IMIC ini, para pengunjumg boleh mendapat maklumat tentang Iskandar Malaysia dengan cepat tanpa sebarang masalah. Ini kerana para pengunjung hnaya perlu menyentuh skrin menggunakan jaridan memilih topik yang ingin dilihat. Di IMIC ini juga terdapat banyak permainan menggunakan skrin sesentuh antaranya permainan "angry bird"
Pengguna menggunakan skrin sesentuh untuk mencari maklumat
Penggunjung diberi penerangan tentang skrin sesentuh
\
Digunakan untuk mencari maklumat tenetang Iskandar Malaysia
Antara permainan yang menggunakan Teknologi Skrin Sesentuh
|