Saturday 16 February 2013

a) Pengenalan Iskandar Malaysia



Iskandar Malaysia merupakan sebuah projek nasional ulung yang terletak di pintu masuk selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor. Wilayah Ekonomi ini bakal menjadi tumpuan kerana keunikannya menggabungkan gaya hidup, hiburan, persekitaran dan sosio ekonomi yang lebih sempurna seiring dengan kepesatan pembangunannya sebagai metropolis yang kukuh dan bertaraf antarabangsa.


Wilayah Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini, infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah. Terletak di Negeri Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, antara kebaikkan pembangunan Iskandar Malaysia ini ialah :-
  •  Perjalanan hanya mengambil masa antara 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo.
  • Ianya terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.
  • Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.
  • Dikelilingi 3 pelabuhan besar berdekatan iaitu Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat di Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Jurong di Singapura.