|
5 Zon Ekonomi yang Utama di Iskandar Malaysia |
5
zon ekonomi utama adalah direka khas sebagai tempat tumpuan untuk pembangunan
Iskandar Malaysia. Zon-zon ini dijangka akan mengukuhkan kelompok ekonomi yang
sedia ada serta mempelbagai dan membangunkan sektor-sektor yang membangun.
i) Zon Ekonomi Utama A : Bandar Johor Bahru
Bandaraya Johor Bahru adalah 'Pintu Masuk Selatan' Malaysia,
menerima kedatangan 60% pelancong asing; dan merupakan destinasi percutian dan
membeli-belah utama untuk negara jiran iaitu rakyat Singapura kerana perbandingan
kos barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah.
|
Danga Bay di Johor Bahru |
|
Kompleks CIQ, Johor Bahru
|
|
Pusat Bandar Johor |
ii) Zon Ekonomi Utama B : Nusajaya
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama B
adalah fokus kepada pembangunan campuran hartanah, pentadbiran persekutuan dan
negeri serta pergudangan. Selain itu, Zon Ekonomi Utama B akan menjadi pusat
pembuatan berteknologi tinggi, bioteknologi, kreatif, perubatan, pendidikan dan
pelancongan. Zon Ekonomi Utama B menawarkan banyak peluang pelaburan kepada
para pelabur untuk turut serta dalam pembangunan Iskandar Malaysia, samada
dimulakan dengan pembangunan usahasama atau pembangunan plot-plot tanah di
Nusajaya.
|
Kota Iskandar, Nusajaya |
|
Hello Kitty di Nusajaya |
|
Legoland di Nusajaya |
iii) Zon Ekonomi Utama C : Pintu Pembangunan Barat
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama C
adalah perkhidmatan pelabuhan dan marin, pergudangan, pusat logistik,
kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi, produk-produk makanan, petrokimia,
perdagangan entrepot, Ibu pejabat wilayah, pusat-pusat perolehan serantau dan
utiliti-utiliti (kuasa)
|
Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor |
|
Jalan Perhubungan Kedua ke Singapore |
|
Terminal Bahan Api |
iv) Zon Ekonomi Utama D : Pintu Pembangunan Timur
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama D
adalah fokus kepada industri-industri berat dan logistik, termasuklah elektrik
dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, industri berasaskan makanan dan
kejuruteraan serta pelabuhan-pelabuhan dan logistik serta pergudangan. Zon
Ekonomi Utama D lebih menumpukan kepada industri penapisan minyak palma dan
aktiviti-aktiviti hilir di dunia.
|
Taman Perindustrian Pasir Gudang, Johor |
|
Pelabuhan Johor |
v) Zon Ekonomi Utama E : Senai, Skudai
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama E
adalah perkhidmatan lapangan terbang, kejuruteraan, elektrik dan elektronik (E&E)
dan pendidikan. Pada masa hadapan, Zon Ekonomi Utama E akan juga akan menjadi
pusat untuk agro dan pemprosesan makanan, ICT serta pelancongan jualan runcit
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor |
|
Johor Premium Outlet |
|
Universiti Teknologi Malaysia, Johor |