Saturday 16 February 2013

c) Taklimat dan penerangan oleh Pegawai perhubungan awam IMIC


Sebelum kami membuat lawatan ke ruang pameran IMIC, kami telah dibawa ke sebuah bilik yang selesa dan kami telah diberi penerangan oleh pegawai informasi IMIC iaitu En.Mohd Yusri. Beliau telah memberi penerangan dengan jelas berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia yang mernagkumi tentang sejarah, kelebihan dan kebaikan dilaksanakan, pelaburan, kewangan, pertumbuhan ekonomi negara, GDP, Perkapita Pendudukn, pembangunan IT, taman tema Legoland, IRDA dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dan akan dilaksanakan. Menurut beliau Wilayah Iskandar Malsyaia ini adalah termasuk salah satu lima wilayah pembangunan Koridor Ekonomi dibina Malysia semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Koridor tersebut ialah Wilayah koridor Ekonomi Utara, , Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia, Wilayah Koridor Ekonomi Timur, Wilayah Koridor Ekonomi Sabah dan Wilayah Koridor Ekonomi Sarawak.

En. Mohd Yusri memberi penerangan kepada pelajar-pelajar Bridging
Fokus, pelajar-pelajar Bridging mendegar penerangan di IMIC
Antara perancangan yang ingin dilaksanakan di Johor Bahru

Penerangan oleh En. Mohd Yusri diakhiri dengan sesi soal jawab bagi merungkai persoalan kami mengenai Iskandar Malaysia. Selepas itu, kami dibawa pula ke bahagian bawah pusat konvensyen untuk melawat bahagian pusat informasi yang disediakan oleh IMIC.