Lokasi
Iskandar Malaysia Information Center di Danga Bay,
Johor Bahru.
|
JOHOR BAHRU: Pusat Maklumat Iskandar
Malaysia (IMIC) bernilai kira-kira RM5 juta telah dibuka pada tahun 2010, ianya
ditubuhkan bagi meningkatkan lagi kefahaman awam serta pelabur mengenai pelan
pembangunan Iskandar Malaysia. IMIC ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Iskandar di Pusat Konvensyen Danga Bay . IMIC yang mempunyai
keluasan lebih 5,800 meter persegi dilengkapi panel skrin sesentuh interaktif
dan kiosk maklumat, dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa WilayahPembangunan Iskandar (IRDA) Ismail Ibrahim, mengatakan bahawa IMIC berperanan sebagai ruang interaksi dan
komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. Kemajuan pembangunan
dan kerjasama antara agensi, badan kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia
dipamerkan di pusat maklumat tersebut. IMIC kini menjadi forum semua pihak
berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian apa saja
berkaitan Iskandar Malaysia,”